Monday, July 6, 2009

aCaDeMic no1, DnT no__????

shbt2 skalian,terlalu mudah bagi Allah utk memberi kejayaan pd kita dalam akademik,namun adakah mudah jalan utk kita meraih keredhaan Allah dan syurganya?? adakah kita nak letak atau lihat kerja menyambung risalah Rasul ini nombor 2 dalam kehidupan kita, siapa kita nak hakimi keputusan sedemikian?dalam halaqah bersama akhi salahuddinsekiranya dahulu (zaman kegemilangan ISLAM) kerja2 mulia ini mnjadi fardhu kifayah, but now it is an obligation for all muslim whom understand about this, especially US.tarbiyah merangkumi semua aspek akademik x terkecuali, cumanya kita perlu jaga maslahat akademik utk kepntingan ISLAM dan supaya x menjadi fitnah pada kerja2 yg kita laksanakan. dan akademik bukan segala-galanya.tulah sdikit sebanyak pd pandangan ana.wallahualam. .

kiriman
ajkdisiplin_maliki3@yahoo.com

assalamualaikum. ..dakwah dan tarbiyyah adalah suatu yang unik... tarbiyah (dakwah) bukan segala galanya, tetapi dengan tarbiyah kita dapat segala galanya..akademik- why we have to study hardly? for what? it is noting if we don't have any mission. and if we have mission, it is noting if the mission is not toward reda' Allah. so, how we have to study to get reda' allah? studylah dengan mendidik hati.. mengantuk dalam kelas? didik hati.. pujjuk hati... malas nakn buat assaigment? didik lagi hati... tarbiyah hati kita... blaja susah nak faham, coz bnyk buat maksiat? didik lagi hati... whole the activities we do, it is all about tarbiyah...that's why study( academic) is the first thing, and there is no rank have to give to tarbiyah. tarbiyh is all ab$out..p/s: try to learn english.. he he

kiriman
bangzai08@yahoo.com

Menjadi persoalan kepada ana kenapa harus dibezakan tarbiah dan akademik. Secara mudahnya, akademik sebagai satu jalan tarbiah dan dakwah. Cemerlang akademik amatlah membantu dalam D&T. Namun, kegagalan dalamnya bukanlah ukuran kegagalan disisi Allah ataupun penyudah kehidupan seorang insan. Memandangkan kita hidup dalam dunia yang gilakan kecemerlangan akademik, wajib (bagi ana) untuk jadikan diri sebagai antara yang berusaha kearah itu. Ia memang terbukti, kerana cemerlang akademik kebiasaannya menyudahkan kehidupan duniawi kita dengan kejayaan. Sebenarnya, kejayaanlah yang dipandang manusia kini. Cemerlang akademik tidak semestinya berjaya. Jadi. jadilah orang yang berjaya dalam hidup

Kiriman
ae.hearty@gmail.com

assalamualaikum
bismillahirrahmanir rahim

Allah kata dlm surah nur ayat 55. Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka (khalifah) berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang
Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku- Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.

memetik kata ust.dahlan "yg paling utama bagi kita sekarang ialah belajar. itu kerja kita sekarang"
ini bermaksud dlm konteks kita study bersungguh-sungguh niatkan dlm hati, tekadkan dlm jiwa dg belajar bersungguh-sungguh untuk mumtaz, itu adalah dakwah. dakwah bilhaal..
-andai dg berdakwah, boleh meng'fail'kan study kita, buat masa tu utamakan study. (maksudnye dg menumpukan dakwah 100%, sampai terganggu tumpuan nak study)


D&T bukan nombor 2 bermaksud jangan pandang enteng bab ni. jgn cuba melarikan diri dari jalan ni.
andai belum sempat untuk berdakwah kerana nak study, at least sentiasa setkan dlm minda : perancangan untuk berdakwah itu mesti ada.
biarkan tersemat di kepala sepanjang masa.
teruskan memerhati bakal2 mad'u..
teruskan ta'aruf dg fikrah shbt2 sekeliling..
sentiasa mohon pada Allah..

memetik kata cikgu AB "}Kita perlu membuat pilihan yang betul kerana kehidupan kita sebenarnya begitu singkat dan kita tidak ada banyak peluang untuk membaiki kesilapan kita apatah lagi untuk kita patah balik ke belakang…masa berlalu begitu pantas dan kehidupan ini hanya bergerak sehala, hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang baru, hari isnin yang akan kita temui nanti bukannya isnin yang kita lalui dulu.

"Allah x perlukan kita untuk menggerakakn dakwahNya, tetapi kita yg mengharapkan rahmatNya supaya dipilih untuk berada di jalan yg mulia ni. jika kita semua hendak meninggalkan dakwah, maka Allah akan gantikan dg kaum lain yg mungkin kita tak pernah kenal"

dlm majalah HALUAN, ana lupa keluaran bila. sgt tertarik dg artikel "BEREHAT BUKAN BERHENTI"
'berehat' memberi maksud 'rest for a while to regain the strength, regain the motivation and then continue it with better efforts'
berehat sebentar daripada dakwah tidak bererti kita berhenti. itu bukan titik noktah. tapi dlm berehat hendaklah terus merancang (berfikir dan terus berfikir) bagaimana untuk melukakan jahiliyyah, insyaAllah.. .

masyarakat hari ni sudah parah dilukakan oleh jahiliyyah..
apa tindakan kita melukakan kembali jahiliyyah.. .

-baru bertatih dlm dunia praktikal.. mempraktikalkan amali..

~selepas runtuhnya khilafah uthmaniyyah, selama 2 tahun hassan al-banna menangis. beliau tidak berhenti, bahkan beliau tambah bekerja keras untuk menegakkan islam.~

Kiriman
syumul_lillah@yahoo.com

assalamualaikum. .jazakallah atas cetusan soalan yg diutarakan oleh syimi."akademik memang nombor satu, tapi D&T bukan nombor dua"ana setuju, just jawapan tu lebih kurang macam ni:[tarbiyah bukan segalanya tapi "segalanya" boleh diraih dgn tarbiyah]sebenarnya jawapan dah ada di tangan kita.melalui soalan ni kita boleh tahu sejauh mana fikrah yg diterima seseorang tu.surah as-syams:mafhumnya: Allah telah mengilhamkan sukma kefasikan dan sukma ketakwaan.beruntung bagi sesiapa yg mensucikannya dan rugilah sesiapa yg mengotorinya.ni bermakna kita dah di ilhamkan dengan sesuatu kebaikan(DnT & akademik)beruntung bagi yang mengambil kedua-duanya( dunia & akhirat) sebagai kepentingan.dan rugilah bagi sesiapa yang mengutamakan atau mendahului salah satu darinya.dan kita sepatutnya bersangka baik atas setiap kerja islam yg dilakukan oleh semua pihak, tak kiralah dia dari jemaah manapon. kalau diutamakan salah satu dari keutamaan(DnT & akademik) kita x boleh kata juga,cerita syabab musafir kasih yg ditulis oleh fatimah syarha, menunjukkan bahawa kegagalan pada peringkat awal, tidak bermakna gagal pada peringkat seterusnya.kita cubalah yg terbaik dan serahkan seputusan di tangan Allah.jika kurang itu baik bagi kita Allah akan bagi kurang.jika lebih itu baik bagi kita Allah akan bagi lebih.dan ingat wahai semua da'i.. zaman gelap di IPT akan dilalui oleh kalian, dan ia adalah tarbiyah dari Allah untuk kalian.hey dude, don't forget to put positif heart in your pocket everywhere u go.always keep in eyes your iman

kiriman
julaibib@ymail.com

just pandangan..akademik memang no satu TETAPI D&T perlu diutamakan.. .maksudnya akademik mesti seiring dengan dakwah & tarbiyah...bkn bermaksud DnT no dua...

kiriman
far_east_18@yahoo.com

salam sejahtera kepada semua pelayar bahtera kehidupan di lautan perjuangan .moga layar terus berkibaran jangan hanyut diamuk gelombang... ...

maaf kerana rasanya sebulan di sini belum lagi ana menulis apa-apa dalam group ni. Just nak respon ttg ungkapan yang pada ana sungguh menarik tersebut.... .

academic is no.1 but DnT isn't no.2..... sungguh dalam dan mencabar sekali ungkapan tersebut. Ana rasa apa yang cuba disampaikan adalah meletakkan masuliyyah DnT dalam medium akademik kerana kacamata masyarakat sekarang melihat kelebihan akademik sebagai suatu yang utama dan ianya merupakan aset penting dalam meraih perhatian dan kepercayaan orang ramai. Bila kita atau sesiapa sahaja yang cemerlang dalam akademik, dia akan menjadi contoh ikutan orang ramai hasil daripada kejayaannya dan orang ramai akan terus mengikutinya, merujukinya dan mencontohinya kerana difikirkan lebih baik mencontohi orang yang berjaya....

jadi untuk menyeimbangkan DnT selari dengan akademik.... jangan tinggal DnT jangan tinggal akademik. Biar ia menjadi satu platform yang kukuh untuk kita menyebarkan risalah islam sekaligus meningkatkan lagi kredibiliti diri kita academically mahupun dari aspek DnT. Menurut pengalaman ana, menjadi orang yang pandai (bukan nak kata ana pandai...masing- masing ada kelebihan dan kekurangan). ..mereka akan diikuti mahupun dirujuk..... jadi kita manfaatkan kegunaan kita sebagai tempat rujukan orang sebagai medan untuk kita menyelitkan unsur-unsur tarbiyah dan dakwah..... terutamanya bila berhadapan dengan masyarakat yang serasanya sangat jauh daripada Islam...mula- mula memang rasa kekok..tapi lama-kelamaan. .. dengan melazimi ucapan 'Assalamualaikum, alhamdulillah, insyaAllah, astaghfirullah' sahaja pun sudah cukup sebenarnya sebagai langkah awal.....

sebenarnya antara keduanya, sama penting...namun haruslah kita ingat belajar biar untuk dunia dan akhirat bukan untuk dunia sahaja....kita tak nak lahirkan ilmuan yang berkjaya di dunia,gagal di akhirat... tapi kita juga tak nak lahirkan pendakwah yang tak successful kerana ianya bakal mendatangkan FITNAH kepada islam.... 'bukan main alim lagi si fulan tu....tapi belajar tak pandai pun'.... kita tak nak diri kita yang menjadi penyebab orang tak mahu kepada Islam.

jadi, komitedkanlah diri kita kerana dengan keistiqamahan itu , tekad dan himmah akan terbina.Sebelum itu sentiasalah perbaharui niat kita dengan ikhlas dan matlamat jelas kerana ianya sangat senang dipesongkan oleh duniawi mahupun syaitan..... .doakanlah ana dan sahabat-sahibah di sini agar kami semua dapat sama-sama berjuang untuk Islam......wassalam

kiriman
mia_adramas@yahoo.com.my

2 comments:

  1. Akademik no 1 tapi dakwah dan tarbiyyah bukan no 2..?

    Juz nak share pengalaman..mse exam sem lepas,ana dengar seorang sahabat ana mengeluh lepas kuar dewan pekse..”laa…camne la boleh lupa,padahal aku dah hafal gila gila masa stdy week…ruginya..!!”

    Masa tu ana nak tenangkan dia dengan memujuk dan menghubungkan diri kepada Allah.Ana beritahu..”exam ni x de lar besar mana..kita kena ingat ada yang lagi besar dari exam tu..keputusan exam or takdir Allah yang lebih besar?apa yang kau akan buat jika keputusan kau teruk..?nak salahkan takdir ke?atau adakah kau pasti dengan kejayaan kau nanti,kau akan ingat Allah?..Nak share pendapatlah..sebab ujian Allah ni datang dalam pelbagai bentuk..so bergantung kt diri kita,sejauh mana kita berharap dan patuh kepada takdir Allah”
    Teringat dalam penyampaian akh solehudden..Beliau ada share dengan kami tentang kata kata imam ibnu qayyim al jawzi

    “5 perkara yang boleh merosakkan hati :
    1-banyak bergaul 2-suka angan angan 3-banyak berharap selain ALLAH
    4-banyak makan 5-banyak tidur

    Semua ni ada penjelasan nya yang tersendiri.Ana just nak kongsi tentang banyak berharap selain dari ALLAH.Dalam huraian,beliau mengatakan tidak guna kalau kita buat post moterm bagi sesuatu projek,kita tidak menghubungkan diri kepada Allah.Sebagai contoh,mungkin dalam satu projek pertandingan nasyid,microphone buat hal,tapi kita hanya salahkan bnda yang duniawi sahaja,sepatutnya kta kena juga cek balik apa masalah kita dalam hubungan dengan Allah dalam projek itu.Adakah kita menjaga waktu solat kita,atau pun apa apa sahaja yang berkaitan dengan hubungan dengan Allah dan perosoalan iman.

    Dengan benda remeh pun,Allah boleh turunkan bala atau tutup hati kita.Sebagai contoh,imam syfie yang terkenal dengan daya hafalan yag kuat,pada satu masa payah nk hafal ilmu.setelah diperiksa balik,rupa rupanya beliau terlihat betis perempuan.Kita lihat perkara tu kecik je,,tapi di sisi Allah itu mampu untuk datangkan bala.Lagi lagi pada zaman sekarang
    So begitulah juga dalam dunia dakwah dan tarbiyyah..memang akademik no satu,tapi satu akademik tu tidak sama dengan no 1 DnT..wallhu’alam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.Ana cukup tertarik dengan diskusi yang antum semua lontarkan...Sekadar ulasan, bila dilihat balik jawapan2 antum seakan2 sama, cukup klise, seakan2 stereotype juga...Cukup menyakinkan ana adanya 'wehdatul fiqh' atau keseragaman fikrah dikalangan kita....seperti pakcik2 dan makcik2 yang lain, percakapan antara satu sama lain juga sama saja dr muqaddimah sampai penutup...Cukup seronok bila tengok...Teruskan lagi diskusi seperti ini...

    ReplyDelete