Monday, August 31, 2009

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum.....buat semua..seperti kita sedia maklum...melangkah ke bulan Ramadhan penuh barakah bukanlah bermakna kita boleh duduk senang kerana syaitan sudah dirantai oleh Allah.Ini kerana ada hadith meriwayatkan bahawa oleh kerana kita mengerjakan amal ibadah, itulah punca seolah2 syaitan telah dirantai oleh Allah..Namun syaitan sebenarnya telah terlebih dahulu membuat perancangan rapi dengan menyuruh 'nafsu' dan menunggangnya ke bulan Ramadhan supaya berjaya menyesatkan manusia....Ramadhan merupakan bulan di mana segala amal ibadah kita dilipat gandakan oleh Allah pahalanya....Sepanjang bulan ini perbagai ujian dan cabaran perlu ditempuhi oleh mereka yang benar2 dipilih oleh Allah....merasai kenikmatan berpuasa....bukan setakat menanggung haus dan dahaga seperti puasa biasa orang awam....

Jika disingkap sejarah para sahabat terdahulu, kita dapat lihat bagaimana persediaan mereka menyambut Ramadhan yang mulia dengan mempersiapkan diri mereka berbulan-bulan sebelum tibanya bulan Ramadhan....Para sahabat sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai training2.....dan akhirnya Ramadhanlah yang menjadi medan mereka selepas usai bertraining di bulan2 biasa....

Sejauhmana keberkesanan Ramadhan pada diri kita boleh diukur dengan sahsiah diri kita selepas habisnya Ramadhan....Malam satu syawal sahaja sudah cukup untuk membuktikan sejauhmana berkesannya Ramadhan dan sejauh mana kita sendiri melaluinya.....Jika sekiranya pada malam satu syawal kita sudah pun terlarut dengan tradisi masyarakat biasa yang membuak2 perasaan menyambut Hari Raya dengan bersuka ria sehingga melalaikan, bergaduh sesama sendiri maka dari situ kita sendiri dapat membuat kesimpulan samada ampuh atau tidak Ramadhan yang kita telah lalui...

Ketiga-tiga tingkatan rahmat, keampunan dan selamat daripada api neraka hanya dapat di raih dengan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada Allah s.wt....Bulan keberkatan ini hanya sekali setahun, maka rebutlah peluang yang ada...Ini kerana beribadah pada bulan lain sendiri masih lagi tidak menyamai beribadah pada bulan ini.....Wallahua'lam...