Friday, May 6, 2011

Rekreasi HALUANSiswa Nasional (REAKSI'11)


Rekreasi HALUANSiswa Nasional (REAKSI'11)


Tarikh: 20-22 Mei 2011

Tempat: Teratak River View, Tanjung Malim, Perak

Anjuran: Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa)

Yuran: RM40 seorang

Peserta: Mahasiswa IPT diseluruh negara (LELAKI SAHAJA) | lepasan SPM 2010 dikecualikan.

Tema: "Ukhuwah Terjalin, Sahsiah Terpimpin"

Objektif:
1. Memperkukuh & memperkasa ukhuwah islamiyah dikalangan mahasiswa Islam dikampus.
2. Melatih dan membina skill kepimpinan mahasiswa islam supaya dinamik, inovatif & kreatif serta memenuhi syarat-syarat muslim mukmin.

Aktiviti Menarik
1. Perkhemahan
2. War Games
3. Water Confident
4. Pengisian Rohani
5. Memasak berkumpulan
6. Team Building
7. Nite walk
8. Jungle Traking
9. Rentas Halangan

Hubungi:
Sdr Ubai Idamas | 013-6284940
Sdr Muhsin Suhor | 013-3536713

Pendaftaran online dan lain-lain maklumat akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sila layari:
http://haluansiswa.haluan.org.my/

NB:
1. shbt2 dari trg yang nak join...contact2 la yer..mungkin kita boleh gerak sekali...
2. sila contact c-deq utk informasi yg lebih tepat dan terperinci.

Friday, March 12, 2010

Update

assalamualaikum, keapda sidang pembaca sekalian...

terima kasih kerana masih memberikan kesetian yg tggi dlm mengikuti blog ini... yg sebenarnya... blog ini sudah tidak ade org yg incharge nya lagi.. bg layang2 putus tali... penulis sekadar memnuhi permintaan pokcik yg sentiasa mengharapkan update dari anak2 nya... dan kami disini sugguh sibuk... ala... sibuk sikit pun nak mengadu... ok la... x la sibuk mane pn...

tapi diri ini just asyk mencari alasan utk tidak mmebuat kerja... just hendak duduk dalam situaasi santai.. maafkan kami wahai generasi terdahulu... kami memerlukan nasihat dan peringatan yg tidak jemu dari pck n mck sekalian... kami harap kami dapat mewarisi kerja2 yg telah di buat oleh pck2 semua... sesungguhnya kami takut utk menerima t/jwab tersebut... kami merasai bahawa, kami tidak layak... sedangkan itu semua hanya mainan syaitan yg tidak inginkan peningkatan dan perubahan dlm diri ini... kami juga berfikir kenapa Allah telah berfirman bahwa allah tidak akan membebani sesuatu dengan kesanggupanya..

yang penting kita ade kesedaran dan kefahaman yg jelas ttg benda yg kita nak lakukan....

Monday, August 31, 2009

Saturday, August 22, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum.....buat semua..seperti kita sedia maklum...melangkah ke bulan Ramadhan penuh barakah bukanlah bermakna kita boleh duduk senang kerana syaitan sudah dirantai oleh Allah.Ini kerana ada hadith meriwayatkan bahawa oleh kerana kita mengerjakan amal ibadah, itulah punca seolah2 syaitan telah dirantai oleh Allah..Namun syaitan sebenarnya telah terlebih dahulu membuat perancangan rapi dengan menyuruh 'nafsu' dan menunggangnya ke bulan Ramadhan supaya berjaya menyesatkan manusia....Ramadhan merupakan bulan di mana segala amal ibadah kita dilipat gandakan oleh Allah pahalanya....Sepanjang bulan ini perbagai ujian dan cabaran perlu ditempuhi oleh mereka yang benar2 dipilih oleh Allah....merasai kenikmatan berpuasa....bukan setakat menanggung haus dan dahaga seperti puasa biasa orang awam....

Jika disingkap sejarah para sahabat terdahulu, kita dapat lihat bagaimana persediaan mereka menyambut Ramadhan yang mulia dengan mempersiapkan diri mereka berbulan-bulan sebelum tibanya bulan Ramadhan....Para sahabat sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai training2.....dan akhirnya Ramadhanlah yang menjadi medan mereka selepas usai bertraining di bulan2 biasa....

Sejauhmana keberkesanan Ramadhan pada diri kita boleh diukur dengan sahsiah diri kita selepas habisnya Ramadhan....Malam satu syawal sahaja sudah cukup untuk membuktikan sejauhmana berkesannya Ramadhan dan sejauh mana kita sendiri melaluinya.....Jika sekiranya pada malam satu syawal kita sudah pun terlarut dengan tradisi masyarakat biasa yang membuak2 perasaan menyambut Hari Raya dengan bersuka ria sehingga melalaikan, bergaduh sesama sendiri maka dari situ kita sendiri dapat membuat kesimpulan samada ampuh atau tidak Ramadhan yang kita telah lalui...

Ketiga-tiga tingkatan rahmat, keampunan dan selamat daripada api neraka hanya dapat di raih dengan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada Allah s.wt....Bulan keberkatan ini hanya sekali setahun, maka rebutlah peluang yang ada...Ini kerana beribadah pada bulan lain sendiri masih lagi tidak menyamai beribadah pada bulan ini.....Wallahua'lam...

Wednesday, July 22, 2009

We Are FroM SoiL, WhaT iS SoiL??

Nowadays, ramai org yg dapat dgr tazkirah. Tapi banyak mane org yg dapat bg balik output tazkirah yg disampaikan bagi kesinambungan dakwah dan tarbiyyah itu berjalan… ini ade sedikit tazkirah yg saya dapat dari kuliah maghrib. Kuliah ini membincangkan ttg golongan manusia yg dikelasifikasikan oleh rasulullah saw sendiri…

Mafhum hadis nabi:
Di atas muka bumi ini ada 3 jenis tanah, Pertama, tanah yg dpt menyerap air dan jg menakung air. Dgn itu, tanah tersebut dpt memberikn kelembpn n kesuburan kepada tumbuhn n binatang.
KeDua, tanah yg hanya dpt menangkung air tapi tidak menyerapnye. Dgn itu, tanah tersebut dpt menyediakn air utk binatang.
Ketiga, tanah yg tidak dpt menankung dan tidak jg menyerap air. Tanah tersebut sungguh keras dan kurang berguna kpd semua.
Riwayat bukhari.

Kesimpulannya, tanah pertama diibaratkn kpd org yg mana dpt mengambil manfaat dr dirinya dan disebarkn kpd org sekeliling.
Tanah kedua diibaratkn kpt org yg mana tidak memberi manfaat kpd dirinya sEndiri, ttp org lain dpt mengambil manfaat dr dirinya.
Tanah yg ketiga diibaratkn kpd org yg tidak memberi manfaat kpd dirinya n org lain tidak dpt mengambil manfaat dr dirinya.

Jadi kita sebagai daie, kita ade fikrah ade ilmu islam, ade kesedaran islam adakah kita dapat member manfaat fikrah, kesedaran, dan ilmu islam yg kita ade ini untuk diri kita??? Adakah hanya untuk org sekeliling?? Atau org sekeliling sahaja yg dapat mengambil sesuatu dari diri kite??? Diri kite mahu ditinggalkan dimana????

Hanya tuan punya diri shaja yg dapat menjawab persoalan ini…
Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah sesuatu kaum, selagi kaum itu tidak mengubah apa yg ade pada dirinya…

Wassalm…

Sunday, July 12, 2009

HuMaN, AniMaL AnD Me3TinG

"Ala..boleh laa..dia tu sahabat nabi,boleh lar nak berjihad sampai tahap korbankan harta banyak banyak..boleh berikan segala galanya kepada Islam..lain la kita..zaman kita ni penuh cabaran..iman kita jika nak banding dengan sahabat,macam langit dengan bumi la.."

Demikianlah golongan bagi mereka yang hanya beralasankan zaman nabi dan zaman sekarang adalah berbeza semata mata untuk mengelakkan dari melakukan kerja Islam.Baru baru ni aku ada mendengar sebuah penyampaian yang mana secara tak langsung boleh menggerakkan atau memberikan lebih momentum pada hati kita untuk melakukan kerja Islam.Kisah ini dah masyhur di kalangan kita kerana sedikit sebanyak kita telah didedahkan dengan kisah kisah Nabi.

Post kali ini aku ingin berkongsi mengenai tiada beza antara zaman kita dengan zaman Nabi.Yang membezakan adalah kehendak hati kita.Hati yang belum cukup diproses sering kali mendatangkan banyak alasan untuk mengelak.Hud hud,seekor burung yang biasa kita dengar kisahnya..Selalunya kita dengar cerita tentang ia tidak hadir mesyuarat dengan Nabi Sulaiman.Begitu juga kali ini,aku ingin ceritakan tentangnya tapi dengan lebih mendalam dan melihat dari sudut dakwah dan tarbiyyah.

Suatu hari itu,Nabi Sulaiman sedar akan ketidakhadiran hud hud ke mesyuarat,lalu baginda berkata dan telah dirakamkan dalam surah an Nahl ayat 21 dan 22

"Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk (hud hud)? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?[21]"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
[22]

Sepertimana yang kita ketahui,Nabi Sulaiman dikurniakan mukjizat untuk berkomunikasi dengan haiwan dan jin.Bayangkan sahabat semua,betapa banyaknya rakyat baginda,namun begitu dalam satu mesyurat,baginda masih sedar akan ketidakhadiran burung hud hud yang kecil.Ini megambarkan betapa baginda mengambil berat akan ahli ahli mesyuaratnya dari segi kedatangannya.

Ayat ini juga mengambarkan kita bahawa Nabi Sulaiman bersifat tegas bagi mereka yang tidak hadir satu perjumpaan penting sehinggakan baginda mengancam untuk menyembelih burung hud hud jika tidak dapat memberikan alasaan yang kukuh.Begitu juga dengan kita wahai sahabat semua,kehadiran kita ke halaqat adalah satu perkara yang wajib,mungkin bagi kita ianya umpama benda yang remeh,kita selalu mengumpamakan diri kita sebagai melukut di tepi gantang,datang tak pe dan tak datang pun takpe..seolah olah tidak memberikan langsung kewujudan kita di situ.

Tapi sedarlah sahabat semua,kehadiran kita ke halaqat merupakan satu perkara yang penting kerana kita adalah umpama duta duta Islam yang hadir ke satu perjumpaan untuk menyelaraskan atau memperbaiki sesuatu masalah yang dihadapi sekarang.Masalah utama yang sedang dihadapi kita sekarang adalah kurang kesedaran kepada Islam.Maka dengan kehadiran kita ke satu halaqah yang mana memperbaiki dan menyucikan jiwa kita,dapat sama sama kita kongsi dengan masyarakat yang masih kabur dengan Islam yang sebenar.

Berbalik kepada burung hud hud,ia bukannya tidak hadir saje2,tapi mempunyai urusan yang penting,sebagaimana yang kita ketahui,ia membawa berita tentang kesesatan yang sedang dilanda kaum syarak.Lihatlah sahabat semua,seekor burung pun dapat membantu dalam rantai rantai Islam.Mungkin jika tidak kerana maklumat burung hud hud itu,niscaya kaum saba' tidak akan mendapat hidayah dari ALLAH.
Nah..sekarang lihat..Allah telah mengajarkan kepada kita,binatang pun boleh melakukan kerja dakwah,,inikan pula kita..sepatutnya kita lebih ke hadapan berbanding binatang.Takkan kita nak menyerah kalah begitu sahaja kepada seekor burung yang kecil.

Sebenarnya banyak lagi kisah kisah yang dapat mengajar kita erti berada dalam dakwah dan tarbiyyah.Untuk mengetahuinya,kita harus menyingkap kembali Al Quran dan mengetahui tafsir tafsir dari sudut yang pelbagai.Dan antara cara untuk mengetahuinya adalah bergaul dengan golongan yang selalu mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai cara lebih lebih lagi bagi mereka yang selalu mengkaji tentang Al Quran,barulah hati kita ini dapat diproses

Wallahu'alam.

Monday, July 6, 2009

aCaDeMic no1, DnT no__????

shbt2 skalian,terlalu mudah bagi Allah utk memberi kejayaan pd kita dalam akademik,namun adakah mudah jalan utk kita meraih keredhaan Allah dan syurganya?? adakah kita nak letak atau lihat kerja menyambung risalah Rasul ini nombor 2 dalam kehidupan kita, siapa kita nak hakimi keputusan sedemikian?dalam halaqah bersama akhi salahuddinsekiranya dahulu (zaman kegemilangan ISLAM) kerja2 mulia ini mnjadi fardhu kifayah, but now it is an obligation for all muslim whom understand about this, especially US.tarbiyah merangkumi semua aspek akademik x terkecuali, cumanya kita perlu jaga maslahat akademik utk kepntingan ISLAM dan supaya x menjadi fitnah pada kerja2 yg kita laksanakan. dan akademik bukan segala-galanya.tulah sdikit sebanyak pd pandangan ana.wallahualam. .

kiriman
ajkdisiplin_maliki3@yahoo.com

assalamualaikum. ..dakwah dan tarbiyyah adalah suatu yang unik... tarbiyah (dakwah) bukan segala galanya, tetapi dengan tarbiyah kita dapat segala galanya..akademik- why we have to study hardly? for what? it is noting if we don't have any mission. and if we have mission, it is noting if the mission is not toward reda' Allah. so, how we have to study to get reda' allah? studylah dengan mendidik hati.. mengantuk dalam kelas? didik hati.. pujjuk hati... malas nakn buat assaigment? didik lagi hati... tarbiyah hati kita... blaja susah nak faham, coz bnyk buat maksiat? didik lagi hati... whole the activities we do, it is all about tarbiyah...that's why study( academic) is the first thing, and there is no rank have to give to tarbiyah. tarbiyh is all ab$out..p/s: try to learn english.. he he

kiriman
bangzai08@yahoo.com

Menjadi persoalan kepada ana kenapa harus dibezakan tarbiah dan akademik. Secara mudahnya, akademik sebagai satu jalan tarbiah dan dakwah. Cemerlang akademik amatlah membantu dalam D&T. Namun, kegagalan dalamnya bukanlah ukuran kegagalan disisi Allah ataupun penyudah kehidupan seorang insan. Memandangkan kita hidup dalam dunia yang gilakan kecemerlangan akademik, wajib (bagi ana) untuk jadikan diri sebagai antara yang berusaha kearah itu. Ia memang terbukti, kerana cemerlang akademik kebiasaannya menyudahkan kehidupan duniawi kita dengan kejayaan. Sebenarnya, kejayaanlah yang dipandang manusia kini. Cemerlang akademik tidak semestinya berjaya. Jadi. jadilah orang yang berjaya dalam hidup

Kiriman
ae.hearty@gmail.com

assalamualaikum
bismillahirrahmanir rahim

Allah kata dlm surah nur ayat 55. Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka (khalifah) berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang
Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku- Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.

memetik kata ust.dahlan "yg paling utama bagi kita sekarang ialah belajar. itu kerja kita sekarang"
ini bermaksud dlm konteks kita study bersungguh-sungguh niatkan dlm hati, tekadkan dlm jiwa dg belajar bersungguh-sungguh untuk mumtaz, itu adalah dakwah. dakwah bilhaal..
-andai dg berdakwah, boleh meng'fail'kan study kita, buat masa tu utamakan study. (maksudnye dg menumpukan dakwah 100%, sampai terganggu tumpuan nak study)


D&T bukan nombor 2 bermaksud jangan pandang enteng bab ni. jgn cuba melarikan diri dari jalan ni.
andai belum sempat untuk berdakwah kerana nak study, at least sentiasa setkan dlm minda : perancangan untuk berdakwah itu mesti ada.
biarkan tersemat di kepala sepanjang masa.
teruskan memerhati bakal2 mad'u..
teruskan ta'aruf dg fikrah shbt2 sekeliling..
sentiasa mohon pada Allah..

memetik kata cikgu AB "}Kita perlu membuat pilihan yang betul kerana kehidupan kita sebenarnya begitu singkat dan kita tidak ada banyak peluang untuk membaiki kesilapan kita apatah lagi untuk kita patah balik ke belakang…masa berlalu begitu pantas dan kehidupan ini hanya bergerak sehala, hari-hari yang mendatang adalah hari-hari yang baru, hari isnin yang akan kita temui nanti bukannya isnin yang kita lalui dulu.

"Allah x perlukan kita untuk menggerakakn dakwahNya, tetapi kita yg mengharapkan rahmatNya supaya dipilih untuk berada di jalan yg mulia ni. jika kita semua hendak meninggalkan dakwah, maka Allah akan gantikan dg kaum lain yg mungkin kita tak pernah kenal"

dlm majalah HALUAN, ana lupa keluaran bila. sgt tertarik dg artikel "BEREHAT BUKAN BERHENTI"
'berehat' memberi maksud 'rest for a while to regain the strength, regain the motivation and then continue it with better efforts'
berehat sebentar daripada dakwah tidak bererti kita berhenti. itu bukan titik noktah. tapi dlm berehat hendaklah terus merancang (berfikir dan terus berfikir) bagaimana untuk melukakan jahiliyyah, insyaAllah.. .

masyarakat hari ni sudah parah dilukakan oleh jahiliyyah..
apa tindakan kita melukakan kembali jahiliyyah.. .

-baru bertatih dlm dunia praktikal.. mempraktikalkan amali..

~selepas runtuhnya khilafah uthmaniyyah, selama 2 tahun hassan al-banna menangis. beliau tidak berhenti, bahkan beliau tambah bekerja keras untuk menegakkan islam.~

Kiriman
syumul_lillah@yahoo.com

assalamualaikum. .jazakallah atas cetusan soalan yg diutarakan oleh syimi."akademik memang nombor satu, tapi D&T bukan nombor dua"ana setuju, just jawapan tu lebih kurang macam ni:[tarbiyah bukan segalanya tapi "segalanya" boleh diraih dgn tarbiyah]sebenarnya jawapan dah ada di tangan kita.melalui soalan ni kita boleh tahu sejauh mana fikrah yg diterima seseorang tu.surah as-syams:mafhumnya: Allah telah mengilhamkan sukma kefasikan dan sukma ketakwaan.beruntung bagi sesiapa yg mensucikannya dan rugilah sesiapa yg mengotorinya.ni bermakna kita dah di ilhamkan dengan sesuatu kebaikan(DnT & akademik)beruntung bagi yang mengambil kedua-duanya( dunia & akhirat) sebagai kepentingan.dan rugilah bagi sesiapa yang mengutamakan atau mendahului salah satu darinya.dan kita sepatutnya bersangka baik atas setiap kerja islam yg dilakukan oleh semua pihak, tak kiralah dia dari jemaah manapon. kalau diutamakan salah satu dari keutamaan(DnT & akademik) kita x boleh kata juga,cerita syabab musafir kasih yg ditulis oleh fatimah syarha, menunjukkan bahawa kegagalan pada peringkat awal, tidak bermakna gagal pada peringkat seterusnya.kita cubalah yg terbaik dan serahkan seputusan di tangan Allah.jika kurang itu baik bagi kita Allah akan bagi kurang.jika lebih itu baik bagi kita Allah akan bagi lebih.dan ingat wahai semua da'i.. zaman gelap di IPT akan dilalui oleh kalian, dan ia adalah tarbiyah dari Allah untuk kalian.hey dude, don't forget to put positif heart in your pocket everywhere u go.always keep in eyes your iman

kiriman
julaibib@ymail.com

just pandangan..akademik memang no satu TETAPI D&T perlu diutamakan.. .maksudnya akademik mesti seiring dengan dakwah & tarbiyah...bkn bermaksud DnT no dua...

kiriman
far_east_18@yahoo.com

salam sejahtera kepada semua pelayar bahtera kehidupan di lautan perjuangan .moga layar terus berkibaran jangan hanyut diamuk gelombang... ...

maaf kerana rasanya sebulan di sini belum lagi ana menulis apa-apa dalam group ni. Just nak respon ttg ungkapan yang pada ana sungguh menarik tersebut.... .

academic is no.1 but DnT isn't no.2..... sungguh dalam dan mencabar sekali ungkapan tersebut. Ana rasa apa yang cuba disampaikan adalah meletakkan masuliyyah DnT dalam medium akademik kerana kacamata masyarakat sekarang melihat kelebihan akademik sebagai suatu yang utama dan ianya merupakan aset penting dalam meraih perhatian dan kepercayaan orang ramai. Bila kita atau sesiapa sahaja yang cemerlang dalam akademik, dia akan menjadi contoh ikutan orang ramai hasil daripada kejayaannya dan orang ramai akan terus mengikutinya, merujukinya dan mencontohinya kerana difikirkan lebih baik mencontohi orang yang berjaya....

jadi untuk menyeimbangkan DnT selari dengan akademik.... jangan tinggal DnT jangan tinggal akademik. Biar ia menjadi satu platform yang kukuh untuk kita menyebarkan risalah islam sekaligus meningkatkan lagi kredibiliti diri kita academically mahupun dari aspek DnT. Menurut pengalaman ana, menjadi orang yang pandai (bukan nak kata ana pandai...masing- masing ada kelebihan dan kekurangan). ..mereka akan diikuti mahupun dirujuk..... jadi kita manfaatkan kegunaan kita sebagai tempat rujukan orang sebagai medan untuk kita menyelitkan unsur-unsur tarbiyah dan dakwah..... terutamanya bila berhadapan dengan masyarakat yang serasanya sangat jauh daripada Islam...mula- mula memang rasa kekok..tapi lama-kelamaan. .. dengan melazimi ucapan 'Assalamualaikum, alhamdulillah, insyaAllah, astaghfirullah' sahaja pun sudah cukup sebenarnya sebagai langkah awal.....

sebenarnya antara keduanya, sama penting...namun haruslah kita ingat belajar biar untuk dunia dan akhirat bukan untuk dunia sahaja....kita tak nak lahirkan ilmuan yang berkjaya di dunia,gagal di akhirat... tapi kita juga tak nak lahirkan pendakwah yang tak successful kerana ianya bakal mendatangkan FITNAH kepada islam.... 'bukan main alim lagi si fulan tu....tapi belajar tak pandai pun'.... kita tak nak diri kita yang menjadi penyebab orang tak mahu kepada Islam.

jadi, komitedkanlah diri kita kerana dengan keistiqamahan itu , tekad dan himmah akan terbina.Sebelum itu sentiasalah perbaharui niat kita dengan ikhlas dan matlamat jelas kerana ianya sangat senang dipesongkan oleh duniawi mahupun syaitan..... .doakanlah ana dan sahabat-sahibah di sini agar kami semua dapat sama-sama berjuang untuk Islam......wassalam

kiriman
mia_adramas@yahoo.com.my

Tuesday, June 23, 2009

Suara yang tertindas...

"Jangan..,jangan lakukannya tuanku..kelak nanti tuanku akan menyesal"..kebanyakan ungkapan atau suara ini dilafazkan oleh mereka yang memikirkan masa depan sahabatnya..tapi suara ini hanya dilafazakn oleh golongan yang minority dan hanya kadangkala sahaja mendapat perhatian malahan amat sedikit untuk mereka menurut suara itu.

System sekarang atau lebih dikenali sebagai system demokrasi atau lebih mudah difahamkan ,suara majority atau pendapat majority yang betul.Tapi adakah semua yang disepakati oleh umum menandakan ianya benar?teringat kata kata ustaz,golongan yang benar, sekarang amat kurang,ramai yang menyokong golongan yang sedikit..makna kata adakah yang ramai itu betul?ok..mari kita perhatikan,berapa ramaikah golongan pakar,genius,cendikiawan jika nak dibandingkan dengan golongan yang biasa,kurang pandai..?tapi pendapat golongan yang kurang pandai ini lebih disanjung dan disokong oleh orang ramai..kita lihat,golongan profeseor,saintis atau golongan professional jarang mendapat perhatian,tapi jika kita lihat golongan artis,kebanyakan mereka tidaklah mempunyai ilmu yang banyak berbanding golongan professional,tapi golongan inilah yang disanjung sanjung oleh masyarakat.

Begitu juga dengan keadaan islam sekarang,ramai yang kurang jelas dan masih kabur dengan pandangan Islam yang sebenar,pemikiran kita sekarang banyak dicampur aduk dan dikelirukan dengan pelbagai fahaman.Kadangkala pendirian kita akan jadi kacau dan meanggap suara ramai adalah benar.Kita harus selalu memperingatkan hati kita dengan pegangan hidup kita dan rujuk kepada syariat Allah.Bukanlah bermakna di sini kita tidak menerima langsung pandangan orang lain,tapi harus teliti dan selalu bertanyakan pandangan itu kepada sahabat sahabat atau golongan yang professional dalam agama atau makna kata lain golongan yang faqih.

Posting ini ditulis kerana teringatkan kata kata atau nasihat seorang sahabat,"jika kita nak buat sesuatu kejahatan,akan ada satu suara kecil akan menghalang kita dari melakukanya".Ini menunjukkan kita dilahirkan bersama hati yang berkehendakkan kepada fitrah atau kebaikan.Cuma kadangkala hati ini sering ditipu dengan tarikan dunia,maka pentinglah bagi kita bersama sama menghadiri majlis ilmu yang membina jiwa bukan nya tempat yang memuaskan dan meruntuhkan jiwa.Teringat sebuah lirik nasyid "dunia ini ibarat air laut,disangka minum dapat menghilangkan dahaga,tapi sebenarnya menambahkan lagi kedahagaan itu,"begitulah juga dengan hati kita,kita anggap kita puas dengan apa yang kita lakukan,tapi ingatlah sahabat semua,adakah Allah puas dengan apa yang kita lakukan?

Seorang sahabat telah membacakan sebuah sabda Nabi yang mafhumnya "mintalah fatwa dari hati".Kerana hati kita ini nakkan kepada kebaikan dan menolak kebaikan.Dikala kita dalam kekeliruan,maka tanyakan pada hati,maka akan muncul suara kecil hati itu membimbing kita.Dan hati ini perlulah selalu diasah dengan majlis majlis Ilmu yang membina.

Mengenai majlis ilmu,janganlah sesekali kita menolak atau mengelak dari menghadirinya dengan member alas an yang tidak kukuh.Ingatlah wahai sahabat,ketika kita memberikan alas an itu,adakah alasan itu kukuh di hadapan Allah di kala kita ditanya nanti mengapakah kita tidak datang majlis ilmu itu. Ingatlah juga bahawa hati itu adalah raja kepada badan,raja yang tidak mempunyai kuasa mutlak kepada badan,tapi sahabat semua,dengarlah suara raja itu
akhir kata,ingin dikongsi bersama sahabat sahabat semua "satu alasan yang diberikan akan membuatkan kita mengundur sepuluh langkah ke belakang".

wallahu'alam

kiriman: thezerk_88@yahoo.com.my

Sunday, June 21, 2009

Ta'aruf HaluanSiswa TRG

Pengenalan
Kelab Siswa Haluan cawangan Terengganu (HaluanSiswaTRG) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HaluanSiswa Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negeri Terengganu untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HaluanSiswa Malaysia.

Motto
"Bersahsiah, Dekat & Bererti"

Visi
HaluanSiswa TRG bertekad untuk melahirkan mahasiswa yang mapan aqidahnya, cemerlang akademiknya, mulia peribadinya & cakna persekitarannya.

Misi

  • Menjadikan HaluanSiswaTRG sebagai organisasi mahasiswa yang Rabbaniyyah.
  • Menyediakan pendidikan terancang bagi membangunkan mahasiswa yang alim, bermanfaat lagi mujahid.
  • Membentuk mahasiswa teladan yang dapat memenuhi tuntutan intelektual.
  • Memperkukuh dan memperluas hubungan dengan pendukung dakwah kampus di institusi-institusi pengajian tinggi.
  • Menyediakan wacana pendidikan yang terancang bagi menumbuhkan kepekaan terhadap keperluan mahasiswa dan masyarakat sekitarnya.